Tuesday, January 26, 2010

lawatan PRS ke MRSM Kuching Sarawak






buat julung kali nya PRS MRSM Transkrian mengadakan lawatan sambil belajar ke Sarawak. kami telah mengadakan kerjasama dengan PRS MRSM Kuching untuk membuat lawatan ini...kenangan manis bersama PRS sesi 2008/2009....cikgu sayang u all semua...

kisah aku dan dia......episod 2

sewaktu di tingkatan 6 atas, kami tekad untuk masuk universiti sama-sama, hal ini kerana kami telah pun berjanji akan berkawan sampai bila-bila. kami sangat mesra sehinggakan ada yang mengatakan kami seakan-akan adik-beradik...susah senang bersama dan tidak berkira dari wang ringgit dan sebagainya.....malah ada rakan-rakan yang cemburu dengan hubungan kami.

walau bagaimana pun....kami masih mempunyai sikap yang berbeza, dimana ada ciri dan perwatakan tersendiri. aku dengan cara aku yang sederhana dan bersahaja...A memang dikenali sebagai gadis bertudung yang voke....R memang sentiasa seksi dan up to date....namun begitu...kami ada perasaan sayang antara satu sama lain...namun begitu R mempunyai tabiat yang luar biasa dimana lelaki keliling pinggang....berbeza dengan aku dan A...disebabkan sikap sebegitu, lelaki terlalu mudah untuk mengecewakan R. aku dan A sangat bersimpati namun pendapat kami sentiasa dihiraukan dan menjadi punca bergaduhan apabila diperdebatkan...so apa yang boleh lakukan adalah berdiam diri dan tengok sahaja.

memang takdir kami untuk bersama....yang seronoknya kami dapat keputusan yang baik dan STPM dan memberi pelaung untuk kami melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI @#$$%, memang tak disangka...kami dapat universiti yang sama...macam mimpi....apa lagi kami un duduk asrama yang sama...seronok giler....hehehe....aku pulak ditawarkan dalam program kaunseling, A dalam program politik dan R dalam bidang komunikasi.....gabungan yang menarik bukan...hehehe....pergi kuliah sama-sama...makan sama daqn segala aktiviti dilakukan bersama..macam berlangkas....banyak kenangan indah berlaku..

masa berlalu dan kian berlalu...setahun macam baru sehari...dan inilah detik permulaaan perubahan berlaku dalam hidup kami...A tidak lagi duduk bersama kami kerana berulang daripada rumah ke tempat kuliah...tinggal lah aku dengan R dan kami menyewa rumah diluar kampus....aku dapat merasakan bahawa A semakin jauh kerana dia sudah mempunyai teman istimewa dan akan berkahwin tidak lama lagi..sebagai kawan aku terpaksa aku dan mendoakan kebahagiaan A..R akan terkilan dengan sikap A kerana A semakin menjauhkan diri..tapi bagi aku tidak...coz A masih layan aku seperti biasa..kalau berjumpa...macam-macam cerita yang keluar...heehehe....aku selalu menasihatkan R supaya jangan begitu...dan akhirnya R dapat menerima hakikat dan kami masih berkawan seperti biasa.....

masuk tahun kedua...A pun berkahwin...bahagia sungguh kawan aku ini....namun begitu kami masih berkawan seperti biasa...suami A pun baik dengan kami.....tinggal lah aku dengan R meneruskan perjuangan dan perjalanan hidup ini.....BERSAMBUNG..

Monday, January 25, 2010

Friday, January 22, 2010

kisah aku dan dia....episod 1

sepuluh tahun yang dulu aku mempunyai kawan yang paling rapat bernama R dan A.....aku masih ingat lagi...ketika kami berkenalan..waktu ini aku berada di tingkatan 6 bawah...kami satu kelas..kebetulan pada waktu ini aku ketua kelas...

sangat seronok aku rasakan kerana mempunyai kawan baru...yelah...waktu ini aku berada di sekolah baru dan tidak ramai kawan...kami berkawan sehinggs tidak sedar wujud satu keakraban dimana sehinggakan dimana sahaja mesti ada kami bertiga....belajar sama-sama, makan sama-sama....pergi shopping pun sama-sama....

kami selalu pergi ke rumah A waktu cuti sekolah....setiap kali cuti kami akan pergi rumah A untuk tidur dan sebagainya...macam-macam aktiviti yang kami lakukan...sehinggakan ibu bapa A pun menganggap kami sebagai anak angkat...R datang dari keluarga yang susah dan tiada bapa...sudah lama meningggal....A memang boleh dikatakan sebagai seorang yang berada...dan A seorang yang sangat bermurah hati tidak kira dari wang ringgit dan sebagainya...susah nak cari kawan macam A....malah keluarga nya pun sama...tidak berkira satu sen pun....R walaupun tidak berada...dia baik dan keluarganya pun baik....aku pula datang daripada keluarga yang sederhana....cukup segalanya walaupun tidak berada....family aku dan family A dan R sangat mesra kerana kemana sahaja mesti keluarga kami tahu.....

walaupun rapat...kadang kala bergaduh jugak...ehehe...maklumlah ada je yang tak kene....A dan R sangat keras kepala...kalo gaduh....mesti taknak mengalah...akulah yang menjadi orang tengah....penat sungguh.... masing-masing mempertahankan pendapat masing-masing bila bergaduh.....sabar jer....la....namun begitu...kami sangat rapat....

sehingga...kami berada di tingkatan 6 atas....keakraban kami semakin kukuh kerana kasing sayang kawan-kawan...kami belajar bersungguh-sungguh....sangat seronok....kami bersaing untuk menaikkan prestasi kami dan sebagainya....semuanya kenangan manis bagi aku...SAMBUNG....

salam perkenalan......

asalammualaikum...dan salam sejahtera...


kepada pembaca semua.....blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada pembaca semua dan untuk kita sama-sama berkongsi pendapat. semoga dengan wujudnya blog ini, menambahkan lagi semangat saya untuk meneruskan perjuang saya sebagai seorang kaunselor...